Friday, March 15, 2024

Hutang Oh Hutang!

Apabila berbicara tentang harta pusaka dan hukum hakamnya, tidak lepas tidak dua ayat AlQuran akan di rujuk, iaitu AnNisa 4:11 dan 4:12. Ayat-ayat ini adalah asas kepada hukum faraid. Ia membicarakan bagaimana harta perlu dibahagikan, berapa bahagian setiap yang berhak akan dapat.

Tapi sedarkah kita, di dalam dua ayat ini, perkataan Hutang disebut 4 kali. Dalam erti kata lain, hutang itu bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. Kalau tidak, pastinya ia tidak dimasukkan di dalam ayat-ayat yang tegas berkenaan perkiraan pembahagian harta, satu topik yang sendirinya pun bukan mudah untuk di fahami.

 


Dalam kehidupan moden, kita tidak dapat lari dari berhutang. Semua faham dengan hutang yang jelas - hutang rumah, hutang kereta atau hutang pinjaman peribadi dengan bank dan sebagainya. Tapi ada “benda-benda kecik” yang selalu dipandang ringan. Kita pergi setesen petronas, isi minyak pakai kad kredit untuk mudahkan urusan, kita bayar hujung bulan - itu hutang. Kita langgan dengan Maxis, ambik Iphone-13 dengan kontrak 2 tahun – itu pun hutang! Apakan daya, ekonomi moden berputar dengan hutang.

Di dalam kebanyakkan skim perancangan pewarisan, hutang itu tidak di tekankan sepertimana ditekankan aspek-aspek lain. Banyak produk-produk pewarisan misalnya yang lebih menjurus kepada Hibah. Hibah itu pemberian yang “one-way”, setelah diberi bukan lagi tanggung jawab menerima untuk membantu melangsaikan hutang. Semak balik apa akad yang dibuat semasa pemberian Hibah. Betul lah Hibah tu ada banyak manfaatnya kepada waris yang ditinggalkan. Tapi jangan kita abaikan hak untuk diri kita sendiri. Kita pernah dengan sirah tentang Rasulullah saw. yang tidak mahu solat jenazah sehingga ada sahabat yang bersetuju mengambil alih hutang si mati.

 

Ia tidak harus berakhir begini. Rancang lah supaya hutang-hutang tersenarai dan tiada yang terlepas pandang. Rancanglah supaya ada yang akan menguruskan bagi pihak anda. Mereka lah yang diamanahkan untuk pastikan hutang-hutang anda dilunaskan, harta anda di agihkan. Jangan terjadi anda menanggung hutang sedangkan harta telah di habiskan ke jalan lain. Rancanglah. Lain lah  kalau nak jadi macam lagu Pelangi  - Biarku menjadi lilin……

 

Anda boleh mulakan  Perancangan se cara Percuma di https://masjidnetwork.my/faraid

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home