Friday, March 15, 2024

Apa Boleh Jadi Kalau Tiada Perancangan Pewarisan?

Beruntung lah Waris kalau si mati ada buat Perancangan tentang Pewarisan sebelum meninggal. Apa akan jadi kalau tidak di buat? Mari kita buat analisa. 

 “Best Case” 

Mungkin si Mati sebelum meninggal ada beritahu semua harta dan hutang-hutangnya, mungkin secara lisan. Semua dokumen berkaitan Harta dan hutang memang di file-kan seeloknya oleh si mati. Waris-waris, anak-anak, isteri dan kaum kerabat semua baik-pakat. Tiada yang “tamak harta”, semua sedar yang pembahagian harta si mati tu datang dengan tanggungjawab, dan bukan sekadar habuan sahaja. Semasa bicara kuasa, waris-waris yang berkepentingan, tidak berkeras tentang “hak” mereka, semua rela-merelai. Semua bersetuju dilunaskan hutang-hutang si mati dahulu. Kemudian pembahagian dibuat mengikut Faraid. Semuanya selesai dengan harmoni. Alhamdulillah. 

Situasi di atas kelihatan ideal. Berapa ramai antara kita yang betul-betul berkongsi semua maklumat tentang harta dan hutang? Yakinkah kita Waris-waris kita semua boleh baik-pakat bila kita tiada nanti? Adakah mereka semua ada kesedaran yang pembahagian harta itu datang dengan tanggungjawab?

 Kebarangkalian lain: 

1. Perebutan harta di kalangan Waris Mungkin si mata ada beritahu secara lisan pada salah seorang anak: “Ayah nanti akan berikan tanah ini untuk Angah”. Anak-anak lain mungkin tidak dapat terima apa yang Angah ceritakan. Akhirnya ia akan jadi pergeseran antara Waris di sebabkan Harta. 

2. Harta-harta atau Hutang yang tidak di ketahui Waris Berapa ramai antara kita yang betul-betul berkongsi maklumat tentang semua Harta dan hutang-hutang kita. Mungkin kita berkongsi dengan Isteri, tapi apa jadi kalau kedua-duanya meninggal sekali (dalam kemalangan misalnya) 

3. Hanya 1/8 harta pergi ke isteri, jika ikut Faraid. Ikut kiraan Faraid, Isteri si mati hanya dapat 1/8 dari jumlah harta si Mati. Malahan bahagian untuk anak si Mati, jika belum cukup umur, bukan secara automatis pergi kepada si Isteri. Ini boleh menimbulkan masalah untuk mereka meneruskan kehidupan seperti biasa, terutama apabila waris-waris yang lain tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. 

4. Pembekuan harta si Mati Apabila berlaku tuntutan boleh beberapa Waris, mahkamah boleh membekukan harta yang terlibat. Setakat ini, lebih RM72bil harta orang yang telah meninggal terbeku kerana terdapat tuntutan berlapis, dan masalah-masalah lain. 

5. Hutang dilupakan oleh Waris Melunaskan hutang seharusnya di dahulukan oleh waris-waris. Tapi ada waris yang pentingkan pembagian harta, dah lupakan tanggungjawab melunaskan hutang. 

6. Pengurusan harta yang rumit dan panjang Bagaimana nanti kalau Waris tak tau tentang harta dan hutang si Mati. Di mana dokumen di simpan? berapa akaun bank milik si Mati? Berapa pemilikan pegangan dalam syarikat-syarikat yang si Mati ada kepentingan? Ini semua boleh merumitkan proses pengurusan harta nanti. 

7. Lebih parah lagi jika ada masalah-masalah seperti yang berikut: 
· Waris tidak punyai masa/sibuk/tidak berminat untuk menguruskan proses tuntutan 
· Waris tidak sepakat untuk melantik pentadbir/dalam pembahagian harta 
· Waris tidak tahu cara/proses membuat tuntutan harta pusaka 
· Dokumen-dokumen tidak lengkap 
· Waris hilang tidak dapat dijejaki 
· Terdapat tuntutan daripada pihak lain. 

Mulakan dengan buat kiraan faraid untuk memahmi siapa kah yang layak dari segi syariah. Lawati link berikut untuk elakkan masalah kepada waris anda nanti: 


https://pewarisan.com/faraid
 atau
 https://masjidnetwork.my/faraid/

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home