Friday, March 15, 2024

APA JADI SELEPAS ANDA MENINGGAL DUNIA?

Sehari selepas meninggal, ada saudara atau rakan anda yang akan telefon balu anda, menyampaikan takziah, minta maaf tak dapat hadir sebab ada “kecemasan lain”. 

Tiga hari selepas anda meninggal, anak ,menantu dan cucu akan pulang ke rumah masing-masing, maklumlah cuti Ehsan dah habis. 

Seminggu selepas anda meninggal, jika anda masih bekerja, majikan akan kosongkan meja anda. Kalau ada kawan rapat, dia akan tolong kemaskan dan masukkan ke dalam kotak , buang mana-mana yang mengaibkan dan bawak kepada keluarga anda. HR dah minta supervisor anda siapkan Job Spec untuk diiklankan jawatan kosong. 

Dua minggu selepas kematian, surau tempat anda selalu berulang pun dah lupa tentang anda. 

Sebulan selepas anda meninggal, pakaian-pakaian anda di dalam almari akan dikeluarkan. Sebahagian darinya akan disedekahkan, yang lain akan masuk ke dalam tong recycle. 

Lepas idah, balu anda mula menyesuaikan kehidupan tanpa anda, akan mula tonton semula Gegar Vaganza atau Sepahtu Reunion. Kehidupan berjalan terus. 

Life goes on… Begitulah putaran kehidupan. Kehidupan harus diteruskan. Dengan perlahan anda dilupakan. 



Tapi bagaimana dengan anda? Anda tiada lagi berdaya untuk mengubah apa-apa yang di tinggalkan. Mungkin ada urusan yang tak sempat anda selesaikan. 

Siapa yang akan selesaikan bil telefon anda untuk bulan terakhir. 

Bagaimana dengan hutang-hutang lain? 
Adakah waris anda andaikan semua itu kira langsai? Atau mungkin mereka tak tahu pun apa hutang-hutang anda. Bagaimana hutang dengan Tuhan, Adakah badal haji akan di buat oleh waris? Bagaimana dengan fidyah semasa sakit di hari-hari akhir kehidupan? 

Bagaimana dengan harta pula? Bilakah ia akan di agihkan? Atau ia jadi penyebab pertelingkahan keluarga? Atau ia akan jadi sebahagian dari dalam statistik harta terbeku yang kini telah melebihi RM70bil? 

Ia tidak harus berakhir begini. Rancanglah supaya ada yang akan menguruskan bagi pihak anda. Mereka lah yang diamanahkan untuk pastikan hutang-hutang anda dilunaskan dan harta anda di agihkan. Kalau anda merancang dengan betul, sebahagian boleh di wakaf kan dan ada terus menikmati hasil darinya. 

Rancanglah. Mulakan perancangan secara percuma di :
https://masjidnetwork.my/faraid

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home